Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN KTMB KE PANTAI TIMUR

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melakukan kerja menaik taraf jambatan berkenaan untuk kemudahan penduduk setempat.

Sempena pembukaan semula laluan KTMB ke Pantai Timur, satu lawatan kerja telah dianjurkan oleh SPAD bersama-sama dengan KTM Berhad daripada 1 hingga 2 Jun 2016 . Lawatan tersebut dihadiri oleh Pengerusi SPAD, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar, dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah serta barisan pengurusan SPAD dan wakil pihak media. Lawatan

kerja itu melibatkan perjalanan tren dari KL Sentral ke Stesen Gua Musang, Stesen Kemubu dan Jambatan Kemubu.

image

Lawatan kerja ini diadakan untuk meninjau dan membuat pemerhatian terhadap landasan yang telah ditutup bagi laluan dari Stesen Gemas ke Stesen Tumpat ekoran banjir besar yang melanda pada Disember 2014. Banjir ini telah mengakibatkan kemusnahan aset seperti landasan, sistem persemboyanan, stesen keretapi, gerabak penumpang, lokomotif dan Jambatan Kemubu seberat 112 tan yang telah dihanyutkan air banjir.

Laluan penting yang terputus ini menyebabkan penduduk tempatan tidak dapat menggunakan perkhidmatan rel yang menjadi nadi penghubung mereka untuk menjalankan aktiviti harian masing-masing seperti ke sekolah, menjual hasil tani dan juga perjalanan mereka ke tempat kerja. Penduduk

terpaksa menggunakan alternatif lain seperti kenderaan pacuan empat roda untuk ke kawasan lain di sepanjang laluan yang terjejas seperti Gua Musang dan Dabong.

Taklimat mengenai perkembangan projek pembaikpulihan landasan dan jambatan kereta api tersebut juga telah disampaikan oleh YBhg Leftenan Kolonel (B) Dato' Haji Sarbini Tijan, Presiden KTM Berhad kepada pihak pengurusan SPAD. Menurut beliau, proses menaik taraf jambatan yang menelan kos RM17.5 juta itu merangkumi tiga fasa dan setakat ini, kira-kira 60 peratus proses naik taraf selesai dijalankan. Fasa pertama adalah membaiki landasan kereta api diikuti menaik taraf untuk kegunaan motosikal dan pejalan kaki untuk penduduk setempat dan ketiga, pengukuhan jambatan itu.

Katanya, proses naik taraf jambatan fasa pertama yang siap pada 30 Mac lalu membolehkan laluan kereta api dari Johor Bahru, Johor ke Tumpat mula beroperasi, 19 Mei lalu.

Setakat ini, proses naik taraf jambatan sudah mencapai lebih 50 peratus dan kami sedang fokus kepada kerja fasa kedua. Pada masa sama, kami sedang merangka kerja untuk mengukuhkan lagi jambatan itu daripada 16 tan padu kepada 20 tan padu supaya ia terjamin (kekukuhannya) jika digunakan secara kerap, katanya. Menurut beliau, KTMB juga masih dalam perbincangan untuk memulakan semula operasi kereta api bagi perkhidmatan Kuala Lumpur ke Tumpat menjelang Hari Raya yang akan datang. Beliau berkata, perancangan menaik taraf jambatan itu juga dibuat berikutan persetujuan kerajaan untuk menyediakan 13 set kereta api diesel elektrik (Diesel Electric Multiple Unit) yang dijangka beroperasi di pantai timur penghujung 2019.

Banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 telah menyebabkan kerosakkan teruk kepada Jambatan Kemubu. Kejadian ini menyebabkan perkhimatan keretapi dihentikan serta merta pad 26 Disember 2014 atas dasar keselamatan.

Walaupun lebih setahun berlalu, tragedi banjir besar yang melanda Kelantan terutamanya Kuala Krai masih segar di ingatan buat penduduk setempat. Meskipun laluan yang terjejas ini pada hakikatnya tidak memberikan keuntungan dan dianggap sebagai laluan khidmat social, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM760 juta untuk projek membaik pulih landasan kereta api Pantai Timur (Gemas ke Tumpat) untuk memastikan kesusahan masyarakat dikawasan tersebut tidak berlarutan.

 

image