Official Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Website

1 800 88 7723 Aduan / Contact SPAD
  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PERHIMPUNAN PERSATUAN PENGANGKUTAN AWAM ANTARABANGSA (UITP) ASIA PASIFIK YANG KE-16 DI KUALA LUMPUR

Printer-friendly versionSend by emailPDF version
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad dan ahli-ahli UITP

 

Pada 17 Mei 2016, peserta-peserta global yang ternama daripada industri pengangkutan awam darat telah berkumpul di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) Asia Pasifik Ke-16.  Perhimpunan dua hari bertemakan ‘On An Upwards Trajectory: The Journey & Growth of Public Transport in Asia-Pacific’ itu dianjurkan secara bersama oleh UITP dan Prasarana. Perhimpunan itu turut mempamerkan perancangan pembangunan semasa dan masa depan termasuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan projek rel berkelajuan tinggi.

Acara pameran memaparkan kejayaan yang diraih dalam mengubah industri pengangkutan awam darat domestik. Pameran diadakan bertujuan membolehkan peserta serantau menimba pengalaman daripada pihak berkepentingan antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf piawaian industri pengangkutan awam darat.


En. Mohd Azharudin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD hadir sebagai moderator sesi pertama yang bertajuk, “Sistem Pengangkutan Awam Malaysia: Tepat di Landasan dan Memecut ke Masa Hadapan.” Perbincangan sesi tersebut merangkumi asal-usul, arah tuju dan cabaran yang sedang ditangani untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang memenuhi impian dan permintaan rakyat Malaysia. Antara ahli panel sesi tersebut termasuk Dato' Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prasarana Malaysia Berhad dan Cik Noormah Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link.

Dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidiperhimpunan menghuraikan cabaran-cabaran utama dalam domain pengangkutan awam. Perhimpunan itu juga merekodkan beberapa inisiatif perkhidmatan baharu untuk pengguna pengangkutan awam pada peringkat global. Perhimpunan juga berjaya menggabungkan tiga lawatan teknikal yang komprehensif bagi para peserta, iaitu Bus Rapid Transit – Laluan Sunway, yang merupakan sistem BRT yang pertama di Asia Tenggara; Depot Transit pertama Mass Rapid Transit di Sungai Buloh; dan Depot LRT Rapid KL laluan Ampang, Selangor.

image

UITP terdiri daripada peserta-peserta utama dalam industri pengangkutan awam dari seluruh dunia termasuk pengusaha, pihak berkuasa, pengawal selia dan pembekal perkhidmatan. UITP diiktiraf pada peringkat antarabangsa atas sumbangannya dalam memajukan pembangunan pengangkutan awam dan dikenali sebagai organisasi yang memperjuangkan kesalinghubungan dalam bandar yang lestari. UITP mempunyai 15 pejabat di seluruh dunia, termasuk ibu pejabat di Brussels, Belgium. Untuk maklumat lanjut berkenaan UITP, klik di sini.